sejak dibangku sekolah lagi ak telah didedahkan dgn masalah2 politik, sosial dan apatah lagi individu,, smemangny x mudah untuk men"settle"kan masalah tersebut,,, huh serabut kepala otak ak memikirkanny,,, sedangkan ak yg x berada dalam masalah tersebut pon serabut, apatah lagi diorang yg berada dalam kancah permasalahan tersebut,, ak tau la setakat nih belom cukup umur lagi nak bergiat dalam bidang tersebut,, tp secara rendah diri aku cakap, masalah2 tersebut adalah masalah2 ak jugak,, sebab ak adalah part of the rakyat and part of the social,, dan masalah yg dihdapi oleh rakyat malaysia sekarang ini sepatutny disandang juga oleh semua orang, bkn terhadap orang yg menghadapi masalah sahaja, xkira hitam atau putih, kaya atau miskin, muslim atau non-muslim, kerajaan atau pembangkang, semua turut terlibat dalam masalah2 yang melanda negara kita,,,
kenaikan harga barang yg diumumkan oleh PM kita kelmarin dan berkuatkuasa tgh malam semalam, sememangny akan memberi impak kepada seluruh masyarakat malaysia. dulu sering kali kita dengar 'harga minyak naik', ' harga gula naik', harga barang naik', tapi sungguh mengejut kenaikan harga semalam bukan setakat harga minyak sahaja, atau gula sahaja, tetapi combo semua sekali yakni "kenaikan harga minyak, gula, gas', (huh,, mmg sakit la mak bapak ak kat umah tu nak bli brg umah)..
kadar kenaikan adalah seperti berikut;
Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
sumber malaysiakini.com
bagi golongang yg kaya raya sampai dal stokin pon ada 2helai RM50 memang tiada masalah bagi mereka akan kenaikan harga barang nih,, tapi camne lak dgn guru sekolah, kerani2 bank, dan golongan berpendapatan rendah?? adakah mereka bergelak ketawa antara satu sama lain untuk inflasi nih?? menguntungkan mereka ke?? huh,, celah mana pulak lah diorang nih nak bersenang hati, sdangkan ak yg mkn duit biasiswa nih pon nak ngamuk, confirm2 la makcik cafe naik harga makanan dia, kalo x nak mkn ape kalo niaga xda untung??,, kalo setakat nak marah2 je xturun harga barang tu, setidaknya mesti ada tindakan proaktif untuk mengelakkan rakyat dari merasa susah dgn kenaikan harga barang nih,,
Dalam blog official Anwar Ibrahim, ketua pembangkang, beliau menyatakan bhw pengumuman harga brang oleh PM sikit tidak disebut sepatah pon dalam sidang parlimen walopon sehari sebelum pengumuman.
" Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia" (petikan tulisan blog anwar ibrahim)
sakit hati jugak bila dgr sedemikian rupe namun xboleh jugak untuk dengar sebelah pihak punya kenyataan, tapi keadaan sekarang dan kenyataan anwar sudah cukup untuk membuktikan kesilapan yang dilakukan oleh PM, bkn pro pada mana2 pihak tpi berdasarkan kenyataan ini:
"Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan."
sudah cukup bukan??
semasa zaman pak lah ckup sudah menunjukkan betapa marah nya rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan harga barang ketika itu,, ketika PRU-12 menunjukkan bukti kenaikan kemarahan rakyat yg sudah approaching limit, kerajaan BN hampir kehilangan majoriti dalam parlimen dek kerna mempergunakan rakyat,,, pelbagai selogan dilaung, poster dgn aneka berunsurkan kemarahan, ceramah2 yg membangkitkan kesedaran rakyat yg alpa bahwasany mereka diperkotak-katik oleh kerajaan.
smemangny kenaikan harga barang memberi impak yg cukup besar kepada rakyat, kenaikan harga barang secara mengejut ini juga mesti ada muslihatnya, jika tidak masakan ia berlaku secara mengejut,, kalau dulu pisang goreng 8 seringgit, barangkali hari ini 4 seringgit, ataupun penjaja pisang goreng xbukak gerai mereka kerana xcukup modal untk mulakan perniagaan mereka,, sememangny ak turut teraasa bahang inflasi ini, namun ak hanya mampu meninta di blog ini, sekdar peringatan dan rasa kesal ak terhadap kerajaan sehingga mempelakukan rakyat sebegini rupa. aku memikirkan bagaimanakah nasib si peniaga pisang goreng tersebut?? apakah judah mereka dgn tanpa sesen pun?? apakah yg akan merekalakukan?? mungkinkah mereka terdesak sehingga sanggup melakukan jenayah seperti mencuri, merompak atau meragut untuk terus hidup?? Wallahu'alam, hanya tuhan yg maha esa sahaja yg tahu. Yg pasti bagi mereka yg melakukan kejahatan/kebaikan biarpun sezarah pasti akan dapat balasannya tidak didunia, diakhirat adalah kepastian yang tidak akan disangkal lagi kebenarannya,,,
